Sunday, 10 January 2016

KAD KAHWIN ZAHRAH 2016

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.

Assalamualaikum semua!

Terima kasih kerana menziarahi dan melawati kami #cenderahatizahrah dan #kadkahwinzahrah di sini. :D

Admin sangat gembira dengan kedatangan tahun baru ini.! Kerana pada tahun 2016 ini, kami telah mencapai umur EMPAT (4) TAHUN!!!

Wow. Macam tak percaya, rasa mcm baru je kami buka bisnes ni. Alhamdulillah dengan sokongan dan kepercayaan pelanggan semua, kami masih lagi meneruskan perniagaan ini. :)

Selama 4 tahun kami dalam perniagaan ini, kami telah melalui banyak proses dan cabaran. Antaranya ialah bertukar-tukar dengan supplier kami.. Dan juga dari segi pengeluaran produk kami, dan persaingan di dalam pasaran online, kami juga telah membuat sedikit transformasi kualiti dan harga kad.
Alhamdulillah..

Dan admin bersyukur ada juga pelanggan-pelanggan yang telah memberi respon positif dan testimoni yang awesome! begitu juga tidak dinafikan ada sedikit aduan mengenai kualiti kad kami, namun kami berterima kasih kerana dengan adanya feedback begitu, kami telah berusaha untuk memperbaik kualiti dan hasil produk cetakan kami. :D

Jom kita #throwback tempahan-tempahan kami sepanjang tahun 2015.. :)
Mana tahu ada yang suka dengan design-design kami ni..

Untuuk itu.. zaaasssss.............. :)


1 comment:

  1. Impressive! I really like this blog.
    Thanks for giving this information…
    Kad Kahwin Murah

    ReplyDelete